Foto

Berbuka puasa bersama ahli kariah Surau Kg Bukit Kuda dan bertarawih di Masjid Kampung Kuantan, Klang.

Klang? Ya, walaupun di bawah Pentadbiran Pej Daerah Klang Dan Majlis Bandar Diraja Klang namun ia di bawah Parlimen Shah Alam. Kawasan ini sering saya kunjungi melalui pelbagai program Komuniti dan ziarah peduli.

1/4/2024


Solat Jumaat di Surau Nurul Hidayah, Taman Batu 3. Alhamdulillah, ketemu Ustaz Roslan Mohamad yang dijemput menyampaikan tazkirah sebelum khutbah.

Seusai solat Jumaat, saya dan staf Pusat Khidmat ziarah dan santuni empat buah keluarga di Taman Batu 3 yang kehilangan insan tersayang baru² ini. Moga mereka bersabar dengan takdir dan tabah hadapi ujian.


Majlis Khatam Perdana anjuran Angkatan Wanita Amanah Shah Alam (AWAN) dengan kerjasama Pusat Khidmat Rakyat Parlimen Shah Alam dan MPP Zon 3. 

Menyantuni penerima sumbangan Jom Shopping Aidil Fitri oleh Pusat Khidmat Masyarakat DUN Batu 3 di Pasaraya Giant Kota Kemuning. 

Bertarawikh di Surau At Taqwa Seksyen 7, 

Iftar MPP Zon 3. Hidangan nasi pilau masakan Hj Azlan Jan & keluarga. Memang ngam.