26 Oktober 2026 | Parlimen Malaysia
Ahli Parlimen Shah Alam, YB Tuan Haji Azli Yusof, mencadangkan kelonggaran tempoh mencukupkan simpanan RM15,000 bagi bakal jemaah haji. Beliau turut menegaskan kepentingan persediaan kewangan selaras dengan prinsip istito'ah demi menjaga kebajikan pendeposit Tabung Haji.
23 Oktober 2026 | SK Setia Alam, Shah Alam
Murid Tahun 3 SK Setia Alam yang kehilangan peralatan persekolahan akibat kebakaran bilik darjah menerima sumbangan daripada Ahli Parlimen Shah Alam, YB Tuan Haji Azli Yusof, bagi membantu mereka meneruskan pembelajaran.
Penyerahan bantuan itu turut mempertemukan beliau dengan ibu bapa serta guru-guru sekolah berkenaan. Menurut Azli, kehilangan tempat belajar dan peralatan sekolah bukan sahaja memberi kesan kepada murid, malah menambah kebimbangan ibu bapa terhadap keperluan anak-anak mereka.
Majlis penyerahan sumbangan sebelum itu terpaksa ditangguhkan beberapa kali berikutan arahan penutupan sesi persekolahan akibat jerebu. Pertemuan tersebut akhirnya dapat diadakan dengan kerjasama pihak sekolah.
Azli merakamkan penghargaan kepada Guru Besar, Cikgu Salahuddin Nayan, dan para guru yang mengaturkan majlis, selain ibu bapa yang hadir serta semua pihak yang menghulurkan bantuan.
“Mungkin kita tidak mampu menggantikan segala yang telah musnah, tetapi sekurang-kurangnya kita mampu membantu mengembalikan harapan,” katanya dalam hantaran Facebook.
Beliau menyifatkan senyuman anak-anak dan kelegaan ibu bapa sebagai kebahagiaan yang tidak ternilai. Azli turut mendoakan agar murid-murid berkenaan terus kuat, dipermudahkan urusan dan menjadikan pengalaman sukar itu sebagai kekuatan untuk mencapai kejayaan.
21 Oktober 2026 | PUTRAJAYA
Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) memberi jaminan bahawa kebajikan pesawah terus menjadi keutamaan kerajaan, khususnya dalam menangani isu kelewatan bekalan baja dan kesan kemarau yang menjejaskan sektor penanaman padi.
KPKM memaklumkan, satu kajian menyeluruh akan dilaksanakan selepas musim penuaian berakhir pada November 2026 bagi menilai kesan sebenar kelewatan pembekalan baja terhadap pengeluaran padi di kawasan Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (MADA).
Berdasarkan analisis awal melibatkan 21 peratus sampel Kajian Pemotongan Padi (CCS), purata hasil kasar padi bagi Musim 1/2026 dianggarkan meningkat kepada 5.69 tan sehektar, berbanding 4.60 tan sehektar bagi tempoh sama tahun lalu.
Walaupun dapatan awal menunjukkan peningkatan hasil secara keseluruhan, kementerian menegaskan penilaian lanjut tetap diperlukan bagi mengenal pasti kesan sebenar yang dialami pesawah secara individu.
RM7.12 Juta Bantuan Takaful Untuk Pesawah Terjejas
Dalam usaha meringankan beban pesawah yang terjejas akibat kemarau, kerajaan turut menyediakan bantuan kewangan menerusi Skim Takaful Tanaman Padi (STTP).
Sebanyak RM1.99 juta telah dibayar secara berperingkat kepada pesawah berdaftar di kawasan MADA dari Jun hingga Oktober 2026.
Sementara itu, bantuan tambahan berjumlah RM5.13 juta bagi pesawah di luar kawasan MADA dijadualkan mula disalurkan secara berfasa pada 23 Oktober 2026.
Keseluruhan bantuan berjumlah RM7.12 juta itu mencerminkan usaha kerajaan menyediakan perlindungan kewangan kepada golongan pesawah yang berdepan risiko kerugian akibat keadaan cuaca.
KPKM turut menegaskan bahawa sebarang tindakan susulan berkaitan isu bekalan baja perlu dibuat berdasarkan fakta dan hasil kajian yang menyeluruh.
Pemantauan berterusan akan dilaksanakan bagi memastikan kepentingan pesawah terpelihara, selain menjamin kestabilan pengeluaran beras tempatan dan memperkukuh keterjaminan makanan negara.
Sumber: Kenyataan Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM), 21 Oktober 2026.
SuaraSAlam EP14/3 | Video diterbitkan pada 21 Oktober 2026
Keperluan anak muda perlu dilihat secara menyeluruh, daripada pendidikan di sekolah hingga persediaan memasuki alam pekerjaan. Perkara itu diketengahkan Ahli Parlimen Shah Alam, YB Tuan Haji Azli Yusof, dalam Podcast SuaraSAlam yang membincangkan Belanjawan 2027.
Azli menjelaskan bahawa bantuan pendidikan turut meringankan beban keluarga muda yang menanggung perbelanjaan persekolahan anak. Beliau juga menekankan pendedahan kepada teknologi digital dan kecerdasan buatan sebagai persediaan menghadapi perubahan keperluan industri.
Dalam perbincangan sama, beliau menyentuh kepentingan peningkatan kemahiran dan latihan semula bagi membantu pekerja menyesuaikan diri dengan perubahan pekerjaan serta meningkatkan produktiviti.
Azli turut menyeru generasi muda membuktikan daya tahan dan keupayaan mereka, sambil menegaskan perlunya keseimbangan antara bantuan kepada rakyat dengan tanggungjawab kewangan kerajaan untuk generasi akan datang.
Tonton perbincangan penuh di YouTube Azli Yusof
Liputan Media | 10 Mac 2026 | Sumber: FMT
AMANAH mengetengahkan pendekatan politik berteraskan integriti, kecekapan dan tanggungjawab, dengan matlamat membina masyarakat yang dihormati melalui kemampuan serta sumbangannya.
Dalam temu bual bersama FMT, Ahli Parlimen Shah Alam, YB Tuan Haji Azli Yusof, menjelaskan bahawa pendekatan itu membawa gagasan politik Islam yang inklusif dan menolak sikap ekstrem. Menurut beliau, ukuran keislaman seseorang tidak seharusnya ditentukan oleh sokongan kepada sesebuah parti.
Azli turut menekankan kepentingan melahirkan masyarakat Melayu yang berdaya saing dan mampu bekerjasama dengan kaum lain dalam negara majmuk.
Bersama pimpinan Parti Amanah Negara semua peringkat dalam Majlis Pelancaran Projek Transformasi Amanah (ProAmanah) oleh YB Presiden, DS Mohamad Sabu petang tadi di Seksyen 7, Shah Alam.
Amanah bersedia melakukan transformasi bagi menghadapi fasa seterusnya dalam perjalanan politik, menjadi sebuah parti yang lebih kukuh, mampan dan diterima sebagai pilihan utama rakyat di Malaysia.
Transformasi ini bertujuan mencipta lonjakan baharu menuju masa depan yang lebih gemilang.
https://www.facebook.com/share/p/xoJMH96gtZqJqBAM/
Pagi tadi saya telah merasmikan Program Ceramah Keselamatan Murid Sekolah Dan Kanak² kepada Ibubapa di SJK (T) Ladang Midlands.
Program anjuran KKI Kota Anggerik ini amat baik sebagai usaha advokasi dan meningkatkan kesedaran di kalangan ibubapa dan komuniti setempat.
Ia dianjurkan dengan kerjasama PIBG SJK (T) Ladang Midlands, Balai Polis Seksyen 6 & IPD Shah Alam. Tahniah!
https://www.facebook.com/share/p/xjBoFDmHh7LJU7NN/
.
Bersama calon PH, pemimpin, penyokong dan orang ramai di Tasek Junjong, PRK Sungai Bakap. Hujan gerimis tidak menghalang orang ramai menekuni Ceramah Perpaduan.
Cikgu Joohari punya kelayakan, pengalaman dan iltizam (komitmen) cukup lengkap untuk wakili dan beri khidmat terbaik untuk rakyat Sungai Bakap.
https://www.facebook.com/share/MgADww9SJu4xScHw/
Malam tadi di Padang Bolasepak Arena KL, sekali lagi menyarung jersey Parlimen Malaysia dalam 'friendly' menentang Kementerian Sumber Asli Dan Kelestarian Alam (NRES) diketuai YB Menteri, Nik Nazmi.
Kapten Parlimen Malaysia, YB Subang menjaringkan gol tercantik. Layak dicalonkan menerima anugerah FIFA Puskas Award
https://www.facebook.com/share/p/6me24fDKdfdHJN53/