Biodata

AZLI YUSOF - ازلي يوسف 

Tarikh lahir: 15 Mac 1967

Tempat lahir: Sungai Besar, Selangor

Status: Berkahwin (4    anak)

Kerjaya: Ahli Parlimen Shah Alam

Pengenalan

AZLI YUSOF (ازلي يوسف ; lahir 15 Mac 1967) adalah Ahli Parlimen Shah Alam sejak November 2022. Beliau pernah berkhidmat sebagai Setiausaha Politik kepada Menteri Wilayah Persekutuan, Khalid Abdul Samad dalam pentadbiran Pakatan Harapan (PH) dari Julai 2018 hingga Februari 2020. Beliau dilantik sebagai Ahli Lembaga Penasihat Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dari 2018 hingga 2020 dan sebagai Ahli Majlis MBSA, Majlis Bandaraya Shah Alam selama 6 tahun (2009 hingga 2012, 2014 hingga 2015). Beliau dipilih sebagai Ketua Parti Amanah Negara Kawasan Shah Alam sejak AMANAH ditubuhkan pada 2016 hingga hari ini. Beliau juga merupakan Timbalan Pengerusi Parti Amanah Negara Selangor sejak 2019.


Sepanjang menjadi Ahli Lembaga Penasihat DBKL dan Ahli Majlis MBSA, Azli terlibat dalam pelbagai jawatankuasa tetap utama termasuk Jawatankuasa Kewangan, Jawatankuasa Kejuruteraan dan Bangunan, Jawatankuasa One Stop Centre (OSC), Jawatankuasa Audit dan Penilaian Dalaman, Jawatankuasa Bandar Pintar serta Jawatankuasa Pelesenan dan Penguatkuasaan. Beliau juga pernah berkhidmat sebagai Pengerusi Majlis Perwakilan Penduduk bagi Zon 1 meliputi Seksyen 2, 3, 4, 14 dan Pusat Bandaraya Shah Alam serta Zon 6 meliputi Seksyen 17, 18 dan Padang Jawa.

Latar Belakang

Pendidikan

Kerjaya

Pengarah Projek bagi Rantau Asia Tenggara, Dexion Asia (2020 hingga kini)


Mempunyai lebih daripada 25 tahun pengalaman dalam industri global khususnya berkaitan pengurusan projek & reka bentuk perindustrian dalam industri pembinaan dan logistik. Beliau ditugaskan untuk mengendalikan projek gabungan bernilai lebih RM100 juta setahun.

Penglibatan Komuniti,
Sosial dan Kemanusiaan

Lain-Lain

Sepanjang menjadi Ahli Lembaga Penasihat DBKL dan Ahli Majlis MBSA, Azli terlibat dalam pelbagai jawatankuasa tetap utama termasuk Jawatankuasa Kewangan, Jawatankuasa Kejuruteraan dan Bangunan, Jawatankuasa One Stop Centre (OSC), Jawatankuasa Audit dan Penilaian Dalaman, Jawatankuasa Bandar Pintar serta Jawatankuasa Pelesenan dan Penguatkuasaan. Beliau juga pernah berkhidmat sebagai Pengerusi Majlis Perwakilan Penduduk bagi Zon 1 meliputi Seksyen 2, 3, 4, 14 dan Pusat Bandaraya Shah Alam serta Zon 6 meliputi Seksyen 17, 18 dan Padang Jawa.

Latar Belakang Isteri

Nama isteri: NORAINI ABU BAKAR 

Pekerjaan: Pesara Guru


Pengalaman:

FacebookInstagramTikTokYouTubeLinkedInTwitter