Berita, khidmat & komuniti
Ikuti perkembangan YB Tuan Haji Azli Yusof, Ahli Parlimen Shah Alam, serta maklumat dan aktiviti Pusat Khidmat Rakyat.
Ikuti perkembangan YB Tuan Haji Azli Yusof, Ahli Parlimen Shah Alam, serta maklumat dan aktiviti Pusat Khidmat Rakyat.
YB Azli Yusof hadir ke SRAI Seksyen 19 bagi menyaksikan penyempurnaan Program Mega Nutrisel oleh Menteri Besar Selangor, YAB Dato’ Seri Amirudin Shari.
3 November 2026 | Shah Alam, Selangor
SHAH ALAM – Seramai 936,000 murid di seluruh Selangor, termasuk 126,000 murid di Shah Alam, disasarkan menerima manfaat menerusi pelaksanaan Program Nutrisel Asas dan MegaNutrisel, inisiatif Kerajaan Negeri Selangor bagi memperkukuh pemakanan berkhasiat dalam kalangan murid sekolah.
Ahli Parlimen Shah Alam, YB Tuan Haji Azli Yusof, turut hadir ke Sekolah Rendah Agama Integrasi (SRAI) Seksyen 19, Shah Alam pada 2 November 2026 bagi menyaksikan penyempurnaan Program Mega Nutrisel oleh Menteri Besar Selangor, YAB Dato’ Seri Amirudin Shari.
Program yang dilaksanakan menerusi Pakej Pengukuhan Daya Tahan Selangor 2026 itu menyediakan sarapan dan minuman petang kepada murid-murid sekolah sebagai sebahagian daripada usaha meningkatkan kesejahteraan serta tahap pemakanan generasi muda.
Menurut Azli, inisiatif tersebut bukan sekadar menyediakan makanan percuma, sebaliknya turut menekankan kepentingan membudayakan pemakanan sihat, pemilihan makanan bernutrisi dan pengambilan makanan yang seimbang sejak usia persekolahan.
Pelaksanaan program ini turut melibatkan kerjasama strategik Menteri Besar Incorporated (MBI), Yayasan MBI serta rakan strategik termasuk Farm Fresh, Gardenia dan Sunshine dalam menyokong usaha Kerajaan Negeri Selangor memperkukuh aspek nutrisi murid.
Azli menegaskan bahawa akses kepada makanan yang mencukupi dan berkualiti memainkan peranan penting dalam menyokong perkembangan fizikal, kecerdasan minda serta kesejahteraan anak-anak.
Beliau turut menyifatkan pelaburan dalam pemakanan generasi muda sebagai langkah jangka panjang yang penting dalam membentuk masyarakat yang lebih sihat, cergas dan berdaya tahan.
Usaha berterusan Kerajaan Negeri Selangor melalui program seumpama ini diharap dapat memastikan setiap anak mendapat peluang membesar dalam persekitaran yang menyokong kesihatan, pendidikan dan pembangunan potensi diri.
Melabur dalam nutrisi anak-anak hari ini bermakna kita sedang membina generasi MADANI yang lebih sihat, cergas dan berdaya tahan pada masa hadapan.
Sumber: Kenyataan YB Tuan Haji Azli Yusof, Ahli Parlimen Shah Alam.
Kategori: Aktiviti Parlimen Shah Alam | Pendidikan | Kebajikan Rakyat
26 OKTOBER 2026 · PARLIMEN
Azli Yusof mencadangkan kelonggaran tempoh mencukupkan simpanan bagi bakal jemaah haji, dengan penekanan terhadap persediaan kewangan dan kebajikan pendeposit.
23 OKTOBER 2026 · KOMUNITI
Sumbangan peralatan sekolah membantu murid Tahun 3 meneruskan pembelajaran selepas kebakaran bilik darjah. Terima kasih kepada warga sekolah, ibu bapa dan semua penyumbang.
21 OKTOBER 2026 · PERTANIAN
KPKM akan menilai kesan kelewatan bekalan baja selepas musim penuaian, di samping menyalurkan bantuan takaful kepada pesawah yang terjejas akibat kemarau.
SuaraSAlam EP14/3 | Video diterbitkan pada 21 Oktober 2026
Keperluan anak muda perlu dilihat secara menyeluruh, daripada pendidikan di sekolah hingga persediaan memasuki alam pekerjaan. Perkara itu diketengahkan Ahli Parlimen Shah Alam, YB Tuan Haji Azli Yusof, dalam Podcast SuaraSAlam yang membincangkan Belanjawan 2027.
Azli menjelaskan bahawa bantuan pendidikan turut meringankan beban keluarga muda yang menanggung perbelanjaan persekolahan anak. Beliau juga menekankan pendedahan kepada teknologi digital dan kecerdasan buatan sebagai persediaan menghadapi perubahan keperluan industri.
Dalam perbincangan sama, beliau menyentuh kepentingan peningkatan kemahiran dan latihan semula bagi membantu pekerja menyesuaikan diri dengan perubahan pekerjaan serta meningkatkan produktiviti.
Azli turut menyeru generasi muda membuktikan daya tahan dan keupayaan mereka, sambil menegaskan perlunya keseimbangan antara bantuan kepada rakyat dengan tanggungjawab kewangan kerajaan untuk generasi akan datang.
Tonton perbincangan penuh di YouTube Azli Yusof
Liputan Media | 10 Mac 2026 | Sumber: FMT
AMANAH mengetengahkan pendekatan politik berteraskan integriti, kecekapan dan tanggungjawab, dengan matlamat membina masyarakat yang dihormati melalui kemampuan serta sumbangannya.
Dalam temu bual bersama FMT, Ahli Parlimen Shah Alam, YB Tuan Haji Azli Yusof, menjelaskan bahawa pendekatan itu membawa gagasan politik Islam yang inklusif dan menolak sikap ekstrem. Menurut beliau, ukuran keislaman seseorang tidak seharusnya ditentukan oleh sokongan kepada sesebuah parti.
Azli turut menekankan kepentingan melahirkan masyarakat Melayu yang berdaya saing dan mampu bekerjasama dengan kaum lain dalam negara majmuk.